Saturday, August 1, 2015

Pulau Langkawi 2014 : Day 1


Assalamualaikum dan hai semua !

Ya, empunya blog kini kembali untuk menghapdet entri baru. Tapi kali ni punya bukan lah entri yang terbaru pun, cuma nak kongsikan pengalaman dan keseronokan waktu pergi bercuti di Langkawi Island pada tahun lepas!! (2014) Haa kan, punya kepam lama sangat gambar-gambar, tahun ni baru ada masa nak update. Haha

Dah lama sebenarnya nak share experience saya dengan kawan-kawan sepanjang berada di sana. Tapi hajat untuk taip-menaip bagi publish masuk blog ni asyik tertangguh. Ish ish

So, sekarang lah masa yang paling sesuai tanpa gangguan lagi menenangkan untuk saya PUBLISH kan secara rasmi dalam blog sang cinta ini. Kahkah. Syahdunya.

 Transport kitorang nak pergi ke sana naik flight. Nak sampai cepat pantas segera dan efisien punya pasal, kitorang pun tempah tiket flight beberapa bulan sebelum pilih tarikh yang sesuai untuk pergi ke Pulau Langkawi.

Perjalanan kapal terbang dari KLIA 2 - Pulau Langkawi ambil masa lebih kurang 45 minit untuk mendarat. Sebenarnya sekejap je dah boleh sampai, sebab naik flight kan. Tapi encik pilot bawa pusing-pusing dulu tengok view & line clear dekat airport Langkawi sana, barulah boleh mendarat dengan jayanya. Hehe

Sepatutnya guest yang dah turun dan keluar dari kapal terbang tu tak dibenarkan untuk posing-posing maut dan ambil gambar dekat area lapangan tu. Tapi kitorang degil, nak juga menyempat amik gambar selagi boleh. masa tu pekerja yang dekat bawah kapal terbang tu dah jerit-jerit kat kitorang tak boleh amik gambar dan suruh masuk dalam bangunan airport dengan kadar segera. Kitorang buat tak endah je. hahaha dah puas amik gambar terus bergegas masuk dalam bangunan airport tu untuk check out. Kedekut lah abam airport ni.

 Lepas dah check out dan selesai amik barang semua, kitorang terus pergi ke kaunter kereta sewa untuk sewa kereta. Datang sini better sewa kereta bila korang pergi travel or holiday dalam group. Boleh share duit minyak. Jimat kan. Kitorang sewa kereta Viva, harga pun murah sebab kereta sewa yang kitorang amik ni ada tawaran diskaun. So dari situ kitorang dah boleh jimat duit belanja dan boleh budget untuk duit minyak pula.

Bagi yang first time datang ke Langkawi ni, jangan risau. Korang takpayah susah-susah booking kereta sewa awal sangat. sampai je kat airport tu baru nak amik kereta sewa pun still banyak lagi. Apa sebabnya? korang sampai dan masuk je dalam airport tu ada banyak kaunter kereta sewa yang berderet dekat situ. Lagi satu, orang-orang yang jaga kaunter kereta sewa tu semua yang akan dok memanggil para pengunjung yang datang untuk menyewa kereta. Masa tu korang akan serabut mana satu nak pilih untuk sewa. Haha. So tips nya, korang perhati dulu setiap satu kaunter yang ada PROMOTE HARGA DISKAUN. Ini main point dia. Tak pun tengok harga yang paling murah untuk sewa satu hari.

Alright, dah selesai pasal kereta sewa. minyak pun dah isi. Tinggal perut belum isi lagi. Haha mana tak nya, semua bertolak dari rumah awal pagi tak sempat sarapan. Sampai sana terus perut lapar, kitorang pun pergi sarapan dulu. Masa ni tak ingat apa nama tempatnya. Haiyaa. Tapi memang ada satu lori putih dekat tepi jalan dan gerai ni buka meja banyak-banyak macam dalam gambar kitorang di atas ni. Nasi lemak dia memang sedap!

Destinasi Pertama : Dataran Lang.
MashaAllah. Masa saya sampai sini rasa terpegun sangat! View dekat sana tersangat cantik. Awan membiru. Air laut yang bersih. Paling kagum dengan awan biru lah sebab saya memang suka tengok awan. Hehe rasa tenang jea.

 Sangat indah pemandangan dekat sini. Atas ni saya tengah posing gaya burung helang yang tak menjadi. Kahkah

 Tudiaaa, macam-macam aksi yang ditonjolkan dari kami. Hahaha. Masa ni tengah tahan panaih lit-lit sebenaqnya. Dekat sana udara dia panas, sebab tu cuaca cerah je sentiasa. Hihi

 Ini lah kawan-kawan dari zaman sekolah saya. Kitorang 4 orang ni je geng yang biasanya pergi holiday sama-sama.

Destinasi Kedua : Makam Mahsuri
 Kahkah. Kemain gaya kitorang. Makam Mahsuri ni kira tempat wajib yang korang kena singgah. Kalau tidak, mesti tak tahu betapa legend nya sejarah Pulau Langkawi ni masa zaman dulu-dulu. Sedikit sebanyak boleh tambah ilmu pengetahuan yang ada. Kita boleh tahu kisah sebenar Mahsuri masa dia muda dulu, macam mana dia kena fitnah sehingga dia meninggal dan sumpah tujuh keturunan terhadap warisan Pulau Langkawi ni. Haa ada sebab nya tau. So datanglah ke sini bila nak pergi Langkawi tu. Cerita ni saya kongsikan dan mendapat sumber dari Makam Mahsuri.

Ini lah si Mahsuri waktu dia masih hidup dulu. Cantik jelitawan orangnya.


Saya pun nak juga fe-feeling ayu letak bunga di telinga. Kahkahkah. Telinga sangat kan, padahal selit dekat tepi tudung jea. Haha

Destinasi Ketiga : Oriental Village
Lepas dah puas jalan-jalan dekat Makam Mahsuri, kitorang pergi ke Oriental Village. Berhajat nak naik cable car dengan perasaan berkobar-kobar tapi sayangggg... cable car tutup rupanya under construction. Ngam pula tu hari pertama kitorang datang. Haiyoo. Niat waktu hari pertama nak naik cable car tapi under maintenance pula.
 Mampu tengok dari bawah jela view bukit nun dekat atas tu.

Lalu mereka pun buat-buat merasa hambar dan pilu sebab tak dapat naik cable car. Hahaha. Kesian kan kitorang.. apa boleh buat. Tapi time ni kitorang semua memang sedih pun tak dapat naik cable car. Mana tak nya, cable car ni destinasi yang paling famous untuk para pelancong yang datang ke sini.

Tapi jangan sedih-sedih ya adik manisss. Nasib kitorang baik, cable car tu under maintenance dah mula beberapa hari sebelum hingga hari pertama kitorang sampai dekat sana. So, esoknya (hari kedua) tu cable dar dah mula beroperasi macam biasa dan kitorang dah boleh naik!! Syukurlah.

Lepas tu kitorang pun jalan-jalan dulu dalam area Oriental Village tu. Besar tempat dia. Ada kedai-kedai untuk shopping bagi pelancong yang datang.

 Ehh. terlajak ke Korea pula kita! Macam mana boleh sampai sini?? Haha. Gurau gurau. Ini cuma tempat rehat sekali pakej ambil gambar. Dengan suasana dia yang tenang jea dekat sini.

 Apa lah saya cuba buat dekat situ. Hahah. Cerita legend ni. Dah lama tak tengok. Dulu ingat lagi, cerita ni teramat famous masa zaman saya kecil-kecil dulu, Winter Sonata.

Fyfa pun nak posing juga dekat sini. Ayu je tau. Dia sorang jea yang pakai skirt antara kitorang, manis jea. Hihi

 Cantik-cantik lampu ni, kreatif. Memang terasa macam ala-ala dekat negara Korea. Hee

 Waktu tengah jalan-jalan, ternampak dua orang uncle naik benda ni. Apa nama benda tu pun saya taktahu. Kahkah. Tapi mahal la nak naik benda ni, kena sewa. Cuma boleh guna dalam area Oriental Village ni saja lah.

Rasa indah sangat. Tenang je dekat sini. Jauh dari hiruk-pikuk kotaraya.

 Haa nampak tak tu dekat tangan Fyfa ada plastik beg? Kahkah. Dia dah beli something masa ni untuk kegunaan dekat sana. Baru first day dah shopping kan fyfa. Hihi

Dah puas jalan-jalan keliling satu kawasan Oriental Village ni, ambil gambar dekat setiap pelosok yang ada (yang penting cantik) haha. Kitorang mengundur diri dan pergi makan tengah hari pula. Perut pun dah mula lapar.


Ini lah sajian makan tengah hari kami. Sedappp sangat bihun sup dengan laksa Kedah dia. Terbaik! Saya tak ingat apa nama kedai makcik ni, itu pun kawan saya (Adila) yang suggest makan dekat sini. Sebab dia dah selalu datang Langkawi.

Habis je makan kitorang pun balik ke chalet dimana tempat yang kitorang menginap dekat sana. Nama chalet tu The Cottage. Chalet ni pun murah dan harga berpatutan untuk menginap. bilik ada aircond lagi. Masa dah sampai dekat chalet dan ambil kunci bilik, kitorang pun terus pengsan! haha eh bukan bukan, maksud saya terus rehatkan diri. sebab kitorang sampai Langkawi awal pagi lepas tu terus pergi jalan-jalan takda berehat pun. Jadi, kami sambung aktiviti pada waktu malam pula.

Destinasi Keempat : Pantai Chenang (Area Downtown)
Main bantai je bagi nama "area downtown". Kahkah. maafkan saya. Bila anda sendiri datang ke Pantai Chenang pun memang akan nampak kawasan kedai banyak-banyak ni. Serupa macam downtown.
 Lepas dah puas rehatkan diri di chalet, kitorang teruskan aktiviti memburu. Eh, cuci mata di Pantai Chenang ni. Saja nak tengok pakain-pakaian yang murah dan boleh dibeli untuk buah tangan. Hehe

 Haa, sebelum tu. Masa kitorang tengah jalan-jalan, sekali nak cari kedai yang menawarkan pakej Island Hoping. Apa yang paling penting, MURAH. Kitorang pun keluar masuk setiap kedai yang menawarkan pakej ni. Penting tau, kita boleh bandingkan harga yang mana murah dan berpatutan dengan pakej yang disediakan.

Jadi ini di antara kedai-kedai yang menawarkan pakej Island Hoping dan ada juga pakej yang lain. Sampai ke Thailand pun boleh tu. tapi itu untuk backpackers takpa la. bagi pengunjung yang datang melancong hanya di satu destinasi saja mungkin pergi lain kali. hehe

Dah penat keluar masuk kedai, tanya orang kedai tu berapa harga pakej ditawarkan apa semua. Kitorang pun decide pilih satu kedai ni (lupa nama kedai) untuk pergi Island Hoping bebeh! Pun sama, pakej kitorang ni murah juga. Tak silap RM 50 - RM 60 seorang. Bagi local tourist, kena pandai tawar-menawar harga tapi jangan lah minta harga kurang tu banyak sangat. Mahu dihalau keluar dek orang kedai tu nanti. Hahah. Kebiasaannya, mereka ni letak harga yang tinggi untuk international tourist macam omputeh.

Jadi, ini lah aktiviti-aktiviti kitorang berempat yang dah terlaksana masa Hari Pertama di Pulau Langkawi. Aktiviti hari kedua akan saya sambung dalam entri yang seterusnya. hihi. Sampai disini dulu saya habiskan entri untuk malam ni.

Terima Kasih pada yang sudi luangkan masa & datang singgah baca blog saya ni. Jumpa lagi nanti. Wassalam :)

1 comment:

Anonymous said...

assalam dik...patutnyer tulis nama sebenar yg kat gambar Mahsuri tu...
dia bukan Mahsuri tapi waris Mahsuri...bernama Wan Aishah Wan Nawawi...fakta mesti disampaikan dgn tepat...jgn buat org lain keliru...
fakta adik tu kurang tepat...
maaf jgn terasa dgn teguran...;)