Wednesday, August 5, 2015

Pulau Langkawi 2014 : Day 2 (part 1)

Assalamualaikumwarahmatullah. Hai !

Ehem. Malam-malam macam ni, ada lagi ke yg blogging ? Takpa, update jela. Hehe. Ni nak buat sambungan yg belum tamat lagi kisah bersiri percutian saya & kawan-kawan dekat Pulau Langkawi tahun lepas. Kihkih harap anda gigih membaca.

Masuk hari kedua, kami bangun awal pagi, bersiap & terus pergi sarapan! teruja sangat sebab semua tak sabar nak pergi Island Hopping bebeh. Haha


Sebelum makanan sampai, kita amik gambar sepam dua dulu. Haha. Ini lah kedai dimana kami sarapan, dekat area Pantai Chenang juga.

Nahh, sambil menjamu selera sambil-sambil tu cuci mata dulu dengan ayat-ayat cintan gini. Kahkah. Romantik betul kedai makcik ni. Sendu je baca.

Bagi sesiapa yg pernah datang Langkawi, mesti perasan ada satu bas comel ni. "Bus Butik". Ada jual macam-macam pakaian dalam bas ni tapi masa kami datang tengok ni belum buka lagi sebab masih awal pagi. Hehe

Bila kitorang semua dah selesai bersarapan, pergi jalan-jalan kejap dekat area Pantai Chenang ni. Saja nak menghirup udara segar di awal pagi.

Tengah jalan-jalan, eh ternampak satu papan tanda yg meriah ni menarik perhatian kitorang. Terdapat banyak pilihan negara yg ada dekat papan tu semua dengan pelbagai ucapan. Hmm bila lah agaknya saya boleh pergi travel tempat yg lebih jauh, saya suka tengok budaya & gaya hidup sesebuah tempat tu. Kita dapat belajar sesuatu dan berdikari. Dalam angan-angan saya, harap boleh join kalangan backpackers satu hari nanti. Hihi

Heyy ho let's go !! Masa yg dinanti-nantikan dah pun tiba. Nampak tak tu keterujaan muka gumbira kitorang. HAHA. Seghonok betul dapat naik bot ya. Masa ni nak pergi Island Hopping.

Untuk hari kedua, tempat pertama yang dituju adalah Tasik Dayang Bunting.
 Gerammm je mata kita tengok bukit-bukau ni semua. Cantik sangat!

Haa kalau anda perasan kan, dua gambar dekat atas ni nampak bentuk sesuatu yg menyerupai seorang wanita sedang berbaring dan terdapat bentuk lekuk-lekuk dekat atas bukit tu. Terutama sekali bahagian perut. Jelas lagi nyata.

Tasik Dayang Bunting ni pun ada sejarahnya dulu. Macam mana kejadian Tasik ni, terdapat pelbagai mitos yg boleh kita ketahui dari sumber-sumber tertentu.

Tak lama lepas tu, kami pun selamat tiba di Dayang Bunting Marble (Geoforest Park).

Macam biasa, first of all kita selfie dulu. Kahkah. Ini namanya selfie kasih sayang, muka rapat-rapat gitcheww macam kembar empat.

Mari kita terjah Dayang Bunting Marble ni.

 Redah punya redah, ambil masa lebih kurang 20-30 minit untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting. Masa berjalan ni takda kena redah macam dalam hutan belantara yg tebal tu. Dekat sini dia dah buat tangga siap-siap dan kita perlu mendaki & menuruni bukit (tangga) untuk sampai ke destinasi yg dituju. Penat juga la masa ni, rasa macam jauh sangat. Dalam hati masa tu, bila laa nak sampai Tasik ni. Kaki rasa nak tercabut dah ni. Haha

 Tudiaaa, nampak dah rupa sebenar Tasik Dayang Bunting ni dekat depan mata sendiri yg orang selalu dok sebut-sebut tu. Haha

Hurayyy! Already reached the destination bebeh. Cantik sangat-sangat dekat sini, rasa keterujaan tu tahap apa ntah masa sampai ni. Tu yg sakan ambil gambar. Kahkah

Masa ni kitorang main celup-celup kaki je dulu. Hehe

Dah selesai berjimba di Tasik Dayang Bunting, kami balik ke bot semula untuk pergi ke destinasi seterusnya. Setiap tempat (checkpoint) ada tempoh masa yg diberi untuk pengunjung yg datang. Sebelum bot sampai, kita kena bersedia untuk balik ke jeti tempat menunggu bot. Kalau tidak, memang kena tinggal jawabnya. Hihi

Inilah destinasi kami yg seterusnya. Saya tak ingat apa nama checkpoint ni tapi yg pastinya "Helang Feeding". Kita boleh tengok burung helang secara live dan sangat dekat dari depan mata kita sendiri. Burung helang ni memang besar gua cakap sama lu. Hahah gurau-gurau. Jadi faham-faham sendiri jelah kenapa Pulau ni diberi nama Pulau Langkawi disebabkan terdapat banyak kawanan burung helang yg masih ada di Pulau ni.

Sedikit peringatan bersama : Burung Helang merupakan kalangan burung yg hampir pupus pada masa sekarang ni. Jadi, kita kena pelihara dan jangan musnahkan pembiakan mereka untuk generasi pada masa akan datang.

Todiaaa makcik ni. semangat habis. Hahaha.
Yang inilah destinasi kami yg terakhir mengelilingi Island Hopping. 

Yang ni Faizah, say Hai to her! Hehe
Serius cantik tak terkata tempat ni. Pasir pantai yang bersih, awan membiru, pokok menghijau. Sini lah Pulau Beras Basah. Sini juga lah tempat yg betul-betul kitorang mandi-manda disebabkan tak mandi dekat Tasik Dayang Bunting. Haha

Kalau nak tahu, dekat Pulau Beras Basah ni ada menyediakan aktiviti Parasailing. Tapi kalau main dekat sini harganya agak mahal, RM100 macam tu. Better cuba dekat Pantai Chenang, boleh dapat RM50-60 & aktiviti parasailing dekat Pantai Chenang ni bermula pada waktu petang.

And, we are really enjoyed our moment when being holiday together :D


Aktiviti Island Hopping kami dah terlaksana. Entri seterusnya saya akan sambung pula aktiviti yg lain pada hari yg sama. Kitorang pun dah penat dan meredah panas sehingga tengah hari masa naik bot. Haha tapi memang best lah. Terbaik!

Sekian sampai disini dulu entri saya malam ni. Terima kasih sudi baca. Toodles!

Wassalam :)

1 comment:

ajacx said...

salam..u ade wechat x?